All News

Hebat Niaga di kalangan usahawan kecil Wanita

Image

SOG ONLINE: Keusahawanan dan usahawan merupakan faktor yang penting di dalam pertumbuhan ekonomi negara. Usahawan adalah perintis kepada kejayaan perniagaan pada hari ini. Mereka ini ialah individu atau kumpulan yang mengambil peluang yang ada kemudian melakukan inovasi kepada sesuatu produk atau perkhidmatan dalam ekonomi.

Namun begitu, salah satu masalah yang dihadapi oleh usahawan kecil di Malaysia ini ialah mempunyai kurang keupayaan dalam pengurusan kewangan dan pemasaran. Justeru itu, satu program telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kerjasama Industri dan Khidmat Komuniti, Pusat Pengajian Kerajaan kepada masyarakat luar bandar iaitu di Kg. Kodiang Dalam Lama pada 30 Mac 2021. Tujuan program ini untuk membantu meningkatkan usahawan dalam pengurusan kewangan dan mengurus perniagaan. Program ini dilakukan bersama kerjasama Pertubuhan Kesedaran Wanita Kedah dan Pusat Internet Kg Kodiang Dalam Lama. Program ini telah dikendalikan oleh Dr. Rosfaraliza Azura Ramli dan seramai 8 peserta daripada kalangan penduduk Kodiang telah menyertai program tersebut.

Sekian, terima kasih