All News

‘BAKUL KASIH RAMADHAN’ SOG PENGERAT KASIH UUM DAN PONDOK PAK TEH MAD, KUALA NERANG

Image

UUM ONLINE:  Kelab Kebajikan, Keceriaan, Sukan dan Rekreasi (KKSR) dengan kerjasama Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) melalui program Bakul Kasih Ramadhan telah mengadakan lawatan dan menyerahkan sumbangan kepada Madrasah Al-Ahmadiah As-Solehiyah (Pondok Pak Teh Mad) di Kuala Nerang.

Program ini disertai oleh staf SOG yang diketuai oleh Dr. Wahida Ayob yang menyampaikan sumbangan kepada Ustaz Wan Mohd Asri Ahmad dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan hasil sumbangan Kelab KKSR dan juga kutipan derma daripada staf SOG.

Program Bakul Kasih Ramadhan merupakan program CSR yang dilaksanakan bersempena bulan Ramadan yang mulia ini bagi berkongsi rezeki dengan rumah kebajikan orang-orang tua.

Pondok Pak Teh Mad merupakan sebuah pondok pengajian agama yang ditubuhkan semenjak tahun 1968 oleh Allahyarham Tuan Guru Dato' Haji Ahmad Haji Md Nor yang merupakan antara ulama tertua di negeri Kedah ini.

Kini, pondok ini menpunyai lebih 100 orang pelajar terdiri daripada pelajar muda (lelaki sahaja) dan juga warga emas. Pengajian agama di sini menerapkan aspek pembelajaran pengajian Al-Quran dan ilmu fardhu ain.

Ustaz Wan Mohd Asri selaku anak kepada pengasas pondok berkenaan  amat berterima kasih kepada pihak KSSR dan Pusat Pengajian Kerajaan kerana sudi menghulurkan sumbangan sempena Ramadan dan berharap agar silaturahim yang terjalin akan terus berkekalan pada masa akan datang.

 

Oleh: Dr. Zuliana Azwa Zulkifli | Gambar oleh: Mohd Syahril Saad