All News

PROGRAM JOM KITA SIHAT!

Image

SOG ONLINE : 17 Julai 2022 – Program Jom Kita Sihat! dilaksanakan bagi menghidupkan kembali gaya hidup sihat dalam kalangan staff Pusat Pengajian Kerajaan. Berdasarkan bacaan profil kesihatan tahun 2021, didapati kebanyakan staf Pusat Pengajian Kerajaan mempunyai risiko kesihatan berkaitan dengan obesiti dan hypentension. Dua risiko kesihatan ini dapat dikurangkan dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Justeru, Program Jom Kita Sihat! dirancang untuk diadakan bagi memberi pengetahuan dan berkongsi tips pemakanan yang sihat sebagai gaya hidup yang boleh dan mudah diamalkan. Untuk itu, Dr. Norzalila Jamaluddin dijemput bagi berkongsi pengalaman gaya hidup sihat beliau dengan menggunakan teknologi thermomix 6.

Perkongsian berkaitan gaya hidup dan makan secara sihat menekankan kepentingan penyediaan makanan (food prep) secara sihat. Melalui teknologi semasa, penyediaan bahan masakan seperti tepung gluten free¸susu pekat manis, jus buah-buahan dan perisa tambahan makanan sebenarnya dapat disediakan secara mudah dengan menggunakan bahan-bahan yang mendorong kepada amalan pemakanan sihat.

HABIS

Disediakan oleh Dr. Sharifuzah Osman

Gambar Oleh : Noor Faizzah Dollah