All News

Rektor dan 40 Pensyarah Universitas Islam Riau (UIR) Kongsi Ilmu Sosio Ekonomi Komuniti Di Yan.

Image

22 Jun 2023, Singkir, Yan- Antara intipati bagi programa Program Jalinan Kasih dan Penutup Program Service-Learning University for Society (SULAM) dan program Membina Kesejahteraan Rakyat (MEKAR) pada  21 hingga 23 Jun 2023 di Masjid Masjidul’ula, Kampung Singkir Darat, Yan, Kedah, Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) telah mengambil peluang ini dengan mengadakan satu Program Perkongsian Ilmu Bersama Pensyarah-Pensyarah Dari Universitas Islam Riau (UIR) pada hari kedua program berlangsung iaitu pada 22 Jun 2023.

Program koloborasi Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) dan Universitas Islam Riau (UIR) merupakan satu Majlis Perkongsian Ilmu oleh Pensyarah-pensyarah dari UIR berkaitan khidmat masyarakat yang telah melibatkan 40 orang pensyarah UIR bersama 50 orang pelajar yang telah menyertai program anak angkat dan komuniti Kampung Singkir Darat.

Majlis Perkongsian Ilmu oleh Pensyarah-pensyarah dari UIR tersebut dilakukan dalam kawasan Masjid Masjidul’ula, dengan membahagikan semua pelajar dan pensyarah kepada tiga kumpulan, iaitu mengikut bidang pensyarah-pensyarah UIR tersebut iaitu Pemerintahan, Undang-undang dan Ekonomi. Seterusnya sesi perkongsian ilmu dilakukan dalam kumpulan-kumpulan kecil mengikut bidang dan sesi diakhiri dengan soal-jawab pelajar dan pensyarah.

Selain itu, Rektor Universitas Islam Riau, Prof Dr H.Syafrinaldi turut merakamkan penghargaan apabila delagasi dari Indonesia juga berpeluang untuk menikmati buah durian hasil daripada kemurahan hati penduduk setempat.

Hasil program tersebut telah memberi kesan positif kerana pelajar dapat mengetahui budaya pembelajaran di UIR dan menjalin hubungan baik diantara pensyarah antarabangsa dengan pelajar-pelajar SOG. Pensyarah-pensyarah SOG yang hadir turut menjallinkan hubungan erat termasuk memperkenalkan durian kampung kepada pensyarah-pensyarah UIR dan ia turut dibantu oleh komuniti penduduk Kampung Singkir Darat.