All News

PROGRAM SULAM DAN MEKAR SOG MELABUHKAN TIRAI DI SINGKIR, YAN.

Image

23 Jun 2023, Singkir, Yan – “Pucuk dicita, ulam mendatang” begitulah perumpamaan yang diterima oleh 50 pelajar yang menyertai program Jalinan Kasih anjuran Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) apabila warga penduduk Singkir Genting diketuai Encik Mohd Radzif Bin Ismail atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Din menghidangkan lebih 100 biji durian bagi meraikan kedatangan mereka di daerah itu.

 Program SULAM dan MEKAR bagi semester A222 diberi nafas baru apabila dilaksanakan secara berkala dan turut melibatkan kerjasama antarabangsa dari Universitas Islam Riau (UIR) Indonesia. Antara program yang dirangka sepanjang 25 Mei 2023 ke 13 Jun 2023 adalah melibatkan 6 projek iaitu : 1) Environmental Awareness: An Urban Farming Approach to Prevention Climate Change on Vulnerable Community in Yan, Kedah ; 2) My Sustainable Village (Desaku Lestari) Approach to Improving the Welfare of Society in Yan, Kedah; 3) Living History: Moments That Matter; 4) Building A Strong Foundation: Essential Technical Skills Training for Beginners;5) Think Smart, Think Green 3R: We Make A Difference; dan 6) Komuniti Sifar Sisa: “Pengkomposan”.

Program dimulakan dengan Program Pembukaan Jalinan Kasih dan Majlis Penyerahan Anak Angkat dan barangan kering kepada 18 keluarga angkat pada 21 Jun. Majlis turut dirasmikan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan) Dr. Muslimin Wallang serta ucapan oleh wakil penduduk Kampung Singkir Darat, Encik Mohamad Razif Ismail.

Program diteruskan dengan Seminar Antarabangsa Khidmat Komuniti Kerjasama Universitas Islam Riau (UIR) dan Pusat Pengajian Kerajaan pada 22 Jun 2023 dan Program Jalinan Kasih & Penutup Program SULAM & MEKAR pada 21-23 Jun 2023.

Majlis penutup disempurnakan oleh Encik Mohammad Afifi Bin Mohammad mewakili Yang Dipertua Majlis Daerah Yan. Dalam ucapan beliau, pihak Majlis Daerah Yan merakamkan setinggi penghargaan buat komuniti penduduk Singkir dan juga Pusat Pengajian Kerajaan atas kejayaan melaksanakan program ini yang secara tidak langsung berjaya mengkomersialkan nama Yan dipersada antarabangsa. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Yan sebagai pelancongan desa dan merupakan antara daerah paling bahagia dalam negeri Kedah.

Sepanjang Program Jalinan Kasih, SULAM dan MEKAR, pelbagai pengisian aktiviti telah diadakan, antaranya gotong-royong kenduri rakyat, aktiviti sukan rakyat serta program perkongsian ilmu bersama pensyarah-pensyarah dari Universitas Islam Riau yang telah dijemput khas oleh SOG untuk hadir sama-sama menyantuni komuniti Kampung Singkir Darat, Yan, Kedah.