All News

GANDINGAN DUA TERBAIK MENABUR BAKTI DI ALMA MATER

Image

Sintok, 2 November 2023- Ibarat gandingan duo terbaik, Puan Azmanira binti Ismail dan Puan Umi Afzal binti Ismail hadir ke Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menabur bakti kepada para pelajar Universiti Utara Malaysia, khususnya di Pusat Pengajian Kerajaan. 

Dua beradik terbabit yang merupakan Pengarah Cybicom (M) Sdn Bhd dan Penasihat Syarikat Tatacara Sdn Bhd merasa teruja apabila kehadiran mereka di UUM pada kali ini disambut oleh wakil UUM Welcome Centre atau Anjung Tamu, Encik Zulfadli bin Abdul Latif dan Puan Hasliza binti Abu Hassan. Turut sama menyertai rangka lawatan adalah Dr. Za’im bin Ahmad, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pusat Pengajian Kerajaan dan Dr. Zuliana Azwa binti Zulkifli, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Pelajar dan Alumni, Pusat Pengajian Kerajaan.

Bersesuaian dengan fungsi Anjung Tamu sebagai gerbang utama tetamu mendapatkan maklumat, rangka lawatan Puan Azmanira dan Puan Umi Afzal diselitkan dengan fakta-fakta menarik serta perkembangan pesat yang ditunjukkan oleh  UUM. Menurut Puan Azmanira Ismail yang juga merupakan Alumni Pusat Pengajian Kerajaan bagi Program Pengurusan Awam pada tahun 2008, beliau teruja kerana dapat melihat UUM berkembang pesat berbanding waktu beliau belajar. Beliau juga sempat berceloteh dan berkongsi pengalaman beliau sewaktu menginap di Kolej Guthrie.

Dua beradik ini juga sempat meluangkan masa singgah di Pusat Pengajian Kerajaan, Pusat Alumni, Pusat Budaya dan Seni sebelum menjamu hidangan tengah hari di UUM Varsity Mall.

Program ini merupakan siri kedua aktiviti mentransformsikan pejabat diperkenalkan di pusat pengajian bermatlamat menceriakan kawasan bilik di samping memupuk semangat kerjasama di kalangan jawatankuasa.