All News

PROGRAM JEJAK UNIVERSITI BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INAS, BAKAI, KUALA KETIL, KEDAH

Image

Sintok, 9 November 2023- Program Jejak Universiti anjuran Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) yang merupakan sesi memberikan pendedahan kepada pelajar dari sekolah rendah bagi mendedahkan diri mereka dengan kehidupan di universiti. Namun, segelintir pelajar sekolah ini tidak begitu jelas dengan bagaimana sistem tahap pendidikan ini dijalankan. Oleh itu, program ini bertujuan memberikan pendedahan agar mereka dapat menetapkan matlamat dalam hidup untuk menyambung pelajaran sehingga ke menara gading. Program ini dihadiri oleh pelajar seramai 40 orang pelajar bersama 6 orang guru termasuk Encik Abdul Rahman bin Abdul Kadir Jelani yang merupakan Guru Besar SK Seri Inas, Bakai, Kuala Ketil Kedah yang berlangsung pada 9 November di Bilik Seminar, Pusat Pengajian Kerajaan.

Pelajar-pelajar SK Seri Inas telah berkunjung ke beberapa tempat di UUM iaitu Anjung Tamu bagi sesi suai kenal tentang Universiti Utara Malaysia, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Ladang Rusa UUM di Laluan C dan kemudian Bilik Seminar, Pusat Pengajian Kerajaan. Sewaktu program dijalankan, program turut dimeriahkan dengan kata-kata aluan daripada Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) bagi mewakili Dekan Pusat Pengajian Kerajaan iaitu Prof. Madya Dr. Muslimin bin Wallang. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran mahasiswa-mahasiswi dari Pusat Pengajian Kerajaan sebagai fasilitator yang menemani para pelajar SK Seri Inas bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

Program ini menyasarkan pelajar-pelajar sekolah rendah ini mampu menanam matlamat dalam diri mereka untuk mencapai cita-cita mereka yang diingini sehingga ke menara gading. Malah, program ini turut dapat membimbing generasi muda untuk merancang masa depan mereka agar mampu menjadi insan yang berjaya dan cemerlang. Program ini berupaya mampu mempersiapkan pelajar sekolah rendah untuk masa depan.

Penulis berita: Nur Aina Natasha binti Jasmin