All News

PROGRAM CELIK SYARIAH

Image
NAMA PROGRAM: PROGRAM CELIK SYARIAH
ANJURAN: PERTUBUHAN KESEDARAN WANITA KEDAH DENGAN KERJASAMA PUSAT PENGAJIAN KERAJAAN, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TARIKH: 19 NOVEMBER 2023
TEMPAT : BILIK MAYANG EMAS 1, THE HOTEL JERAI, ALOR SETAR
KEHADIRAN: 50 PESERTA
 
Penceramah terdiri daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK) dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah
 
SINOPSIS PROGRAM:
Program ini memberi kesedaran kepada golongan wanita mengenai hak dan tanggungjawab wanita setelah berumahtangga. Kesedaran ini perlu untuk memastikan wanita mempunyai halatuju yang jelas dan mengambil tindakan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan masalah yang berkaitan. Penceramah dan tajuk yang terlibat ialah
 
Penceramah 1 - Puan Noor Salbi binti Don (Pendakwa Syarie)
Tajuk : Latar Belakang dan Fungsi Mahkamah Syariah
 
Penceramah 2 – Tuan Mohd Hatim Zuhdi bin Abd Rahim (Pegawai Syariah)
Tajuk : Hak Perundangan dalam Perkahwinan dan Perceraian
 
Penceramah 3 – Tuan Jamil bin Haji Ahmad. (Penolong Pengarah Kanan)
Tajuk : Peranan Bahagian Sokongan dan Kaunseling dalam Kes Nafkah Isteri, Anak, dan Muta’ah
 
Peserta didedahkan dengan prosidur yang perlu dilakukan sekiranya wanita berhadapan dengan masalah dalam rumahtangga. Selain itu, kes-kes yang seringkali dibawa dalam mahkamah juga dibincangkan oleh penceramah.