All News

Bengkel Penulisan dalam Prefessionalisme

Image
Nama Program: Bengkel Penulisan dalam Prefessionalisme
Tarikh: 16 November 2023 (Khamis)
Masa: 09.00 pagi – 12.30 tengahari
Anjuran: DRRHA dengan kerjasama Pertubuhan Kesedaran Wanita Kedah (PKWK) dan Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia
Tempat: Bilik Santalia, EDC Hotel and Resort, Universiti Utara Malaysia,
Peserta: 40 orang (pelajar program pasca siswazah dan sarjana muda sepenuh masa; pensyarah UUM dan wakil-wakil dari NGO – Prity, PKWK dan PEWARIS)
 
Secara umumnya, program ini mendedahkan aspek penulisan kertaskerja cadangan projek yang perlu diberi perhatian khususnya kepada NGO dan persatuan pelajar untuk memohon sumbangan atau dana bagi menjalankan projek untuk dimanfaatkan oleh komuniti. Bengkel ini telah dikendalikan dengan amat baik oleh Dato Dato’ Indrani Thuraisingam yang juga Timbalan Presiden dan Penasihat Undang-Undang, Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) dan Setiausaha Am untuk Pengguna ERA.
 
Penceramah menekankan setiap cadangan projek perlu fokus kepada impak setiap projek yang akan dijalankan ke atas komuniti secara keseluruhan. Peserta didedahkan dengan aspek yang perlu ada dalam setiap penulisan cadangan projek antaranya menyatakan permasalahan dengan secara jelas dan terperinci dan impak projek yang dicadangkan. Kertas cadangan yang dihasilkan perlu dikemukakan kepada badan yang menyalurkan dana dan perlu mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh penyumbang. Setiap NGO perlu menghasilkan cadangan projek yang menyeluruh dan baik. Oleh itu, kertas cadangan projek tidak dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kerana ianya akan menghasilkan kertas cadangan yang tidak menyeluruh dan besar kemungkinan tidak diterima oleh pihak yang berkenaan.
Selain itu, peserta program juga diperkenalkan dengan langkah-langkah untuk menghasilkan kertas cadangan projek yang baik. Penyelidikan yang terperinci perlu dilakukan untuk menghasilkan satu kertas cadangan projek yang baik supaya pihakNGO dapat memahami keperluan dan kehendak komuniti sesuatu kawasan. Ini perlu bagi mengelakkan pertindanan projek yang dijalankan antara NGO dalam satu-satu kawasan. Penelitian keperluan boleh dilakukan dengan menjalankan perbincangan kumpulan focus (focus group discussion atau FGD) dalam komuniti dengan memilih responden secara menyeluruh dan bukan terdiri daripada kenalan NGO sahaja. Hasil dari FGD ini mampu menghasilkan projek yang diperlukan dan projek berkenaan akan memberi faedah yang berpanjangan kepada komuniti seperti penjanaan pendapatan dalam komuniti.
 
projek yang dilakukan akan dibuat pemantauan secara berkala dan penilaian akan dilakukan selepas projek tamat. Penyimpanan dokumen pemantauan amat penting untuk melakukan penilaian dan ianya membantu kelestarian projek yang dijalankan. Penyumbang dana memberi perhatian yang serius aspek pemanatauan dan penilaian projek yang dijalankan oleh NGO. Sekiranya projek yang dijalankan berjaya dan memberi impak positif kepada komuniti, penyumbang lain juga akan menyalurkan dana kepada NGO berkenaan. Sekaligus, ianya dapat meningkatkan jaringan antara NGO dan penyumbang dana.